Extension ini hanya memproses data yang anda berikan sendiri:
Data di atas disimpan menggunakan chrome.storage.local dan sessionStorage dalam browser anda. Ia tidak dihantar kepada pembangun atau mana-mana pihak ketiga. Anda boleh memadamnya bila-bila masa melalui butang padam/reset dalam panel sisi, atau dengan membuang extension.
Extension ini hanya berhubung dengan moeisins.moe.gov.my, iaitu untuk menghantar skor ke borang Standard 4 yang sedang anda buka. Ini sama seperti anda menekan butang Simpan sendiri, menggunakan sesi log masuk anda yang sedia ada. Tiada analitik, iklan, atau penjejakan.
| Kebenaran | Tujuan |
|---|---|
storage | Menyimpan skor CSV dan tetapan dalam browser anda. |
sidePanel | Memaparkan panel sisi untuk muat CSV dan pantau kemajuan. |
moeisins.moe.gov.my | Mengisi dan menyimpan skor pada page pengisian skor Standard 4 sahaja. |
Extension ini tidak meminta, membaca atau menyimpan kata laluan MOEIS anda.
Standard4Helper ialah alat bantu persendirian dan bukan produk rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau MOEIS.
Sebarang pertanyaan berkaitan privasi: cikgujep@gmail.com