Percuma sepenuhnya · Untuk PPS

Isi skor Standard 4 untuk semua guru tanpa klik satu-satu.

Standard4Helper mengisi skor PdPc SKPM di MOEIS terus dari fail CSV, menyimpan, dan beralih dari 4.1 hingga 4.6 dengan sendiri. Anda cuma pantau.

Untuk Google Chrome di komputer. Tiada pendaftaran, tiada bayaran.

8sub-aspek diurus automatik
38item skor setiap guru
0data dihantar ke pihak luar
RM0percuma selamanya
Kenapa perlu

Kerja yang sama, untuk setiap guru, setiap sesi.

Skor sudah ada dalam borang cerapan. Yang memenatkan ialah memindahkannya ke MOEIS, satu radio demi satu radio.

Cara manual

  • Buka 8 sub-aspek seorang guru, satu persatu
  • Klik 38 butang skor sambil merujuk borang di skrin lain
  • Tekan Simpan, tunggu, kemudian cari pautan sub-aspek seterusnya
  • Mudah terlepas 4.2.2 atau 4.4.2 yang tersembunyi di sebalik butang kecil
  • Ulang semuanya untuk guru seterusnya

Dengan Standard4Helper

  • Muat satu fail CSV untuk guru berkenaan
  • Semua skor diisi sebaik page MOEIS dibuka
  • Disimpan dan beralih ke sub-aspek seterusnya dengan sendiri
  • 4.2.2 dan 4.4.2 tidak akan tertinggal
  • Nama guru disemak dahulu supaya skor tidak masuk ke guru yang salah
Cara guna

Empat langkah. Langkah 1 dibuat sekali sahaja.

Skor disediakan dalam Google Sheet yang anda biasa guna, kemudian extension uruskan selebihnya di MOEIS.

Salin borang skor

Buat salinan Google Sheet templat ke Drive anda. Templat ini sudah ada menu untuk jana CSV.

Buat salinan →

Isi skor & jana CSV

Isi skor cerapan guru dalam sheet, kemudian klik menu Standard4Helper → Jana CSV Skor dan muat turun fail.

Muat CSV dalam extension

Klik ikon Standard4Helper di Chrome. Panel sisi akan terbuka. Pilih fail CSV dan tekan Muat Data.

Buka MOEIS & biarkan

Hidupkan Auto Navigasi, buka page pengisian skor guru itu. Skor diisi, disimpan dan beralih hingga 4.6.

Ciri-ciri

Direka untuk kerja PPS yang sebenar.

Isi skor automatik

Setiap item a) hingga g) dipadankan dengan skor dalam CSV dan ditanda sebaik page dibuka.

Navigasi 4.1 → 4.6

Selepas simpan, terus ke sub-aspek atau aspek seterusnya, termasuk 4.2.2 dan 4.4.2.

Semak nama guru

Nama dalam CSV dibandingkan dengan nama di page MOEIS. Jika tidak sepadan, proses dihentikan.

Simpan yang boleh dipercayai

Setiap simpanan disahkan oleh server MOEIS sebelum beralih. Jika gagal, anda dimaklumkan dan boleh cuba semula.

Data kekal dalam komputer anda

Skor CSV disimpan dalam browser anda sahaja. Tiada server, tiada akaun, tiada penjejakan.

Panel sisi yang jelas

Lihat kemajuan 4.1 hingga 4.6 dan status setiap simpanan tanpa meninggalkan page MOEIS.

Kalkulator

Berapa banyak masa anda boleh dapat semula?

Masukkan angka sekolah anda sendiri.

Contoh: Pencerapan 1 dan Pencerapan 2
Termasuk buka setiap sub-aspek, klik skor dan simpan
Jana CSV, muat, dan pantau
Anggaran masa dijimatkan setahun
13.3 jam

Itu masa yang boleh digunakan untuk sesi bimbingan bersama guru, bukan memindahkan angka.

3,040klik skor yang tidak perlu dibuat
640kali tekan Simpan dielakkan

Anggaran sahaja, berdasarkan 38 item dan 8 sub-aspek setiap guru. Masa sebenar bergantung pada kelajuan MOEIS dan internet.

Soalan lazim

Sebelum anda pasang

Adakah ini aplikasi rasmi KPM atau MOEIS?

Tidak. Standard4Helper ialah alat bantu persendirian yang dibangunkan oleh seorang guru untuk memudahkan kerja PPS. Ia tidak berkaitan dengan, atau disokong oleh, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Adakah data skor atau maklumat guru dihantar ke mana-mana?

Tidak. Fail CSV disimpan dalam storan browser di komputer anda sahaja. Extension hanya berhubung dengan laman MOEIS untuk menyimpan skor, sama seperti anda menekan Simpan sendiri. Tiada server pihak ketiga, tiada analitik. Butiran penuh dalam Polisi Privasi.

Perlukah saya masukkan kata laluan MOEIS ke dalam extension?

Tidak. Anda log masuk ke MOEIS seperti biasa. Extension hanya bekerja pada page pengisian skor Standard 4 yang sudah anda buka.

Bagaimana jika skor masuk ke guru yang salah?

Sebelum mengisi, extension membandingkan nama guru dalam CSV dengan nama di page MOEIS. Jika tidak sepadan, proses dihentikan dan amaran dipaparkan. Anda juga masih boleh semak dan ubah skor di MOEIS selepas itu.

Mesti guna Google Sheet templat itu?

Sangat disyorkan. Templat itu menjana CSV dalam format yang tepat (sub-aspek, item, skor) beserta nama guru. Anda juga boleh sediakan CSV sendiri dengan lajur sub_aspek,item,skor, tetapi semakan nama guru dibaca dari nama fail yang dijana templat (contoh: Pencerapan 1 - Nama Guru.csv). Jangan tukar nama fail tersebut.

Bolehkah digunakan di telefon atau browser lain?

Buat masa ini hanya untuk Google Chrome di komputer (Windows, Mac atau Chromebook). Browser berasaskan Chromium seperti Microsoft Edge juga boleh memasang extension dari Chrome Web Store.

Apa yang berlaku jika MOEIS lambat atau simpan gagal?

Extension menunggu pengesahan dari server MOEIS sebelum beralih. Jika simpan gagal, ia berhenti dan memaparkan mesej. Tekan Isi Skor Sekarang di panel sisi untuk cuba semula.

Betul-betul percuma?

Ya. Tiada yuran, tiada versi premium, tiada iklan.

Sesi pencerapan seterusnya, biar extension yang klik.

Pasang sekali, guna untuk setiap guru dan setiap sesi.